Blog ini mengandungi
artikel-artikel yang berkaitan dengan gelagat dan cirri-ciri usahawan dan
merakamkan kejayaan usahawan-usahawan dalam menubuhkan kerjaya mereka. Blog ini
akan merumuskan kegigihan, semangat dan titik-detik usahawan dalam meubuhkan
perniagaan mereka. Secara ringkasnya,
blog ini akan menjelaskan pengaruh atau hubungkait cirri-ciri usahawan dalam
kegiatan hidup mereka. Selain itu, blog ini juga mengenal pastii sama ada
rahsia kejayaan usahawan terkandung dalam cirri-ciri atau gelagat usahawan atau
tidak. Blog ini juga mencatatkan sumbangan -sumbangan yang disumbangkan oleh
usahwaan, bukan sahaja kepada bidang perniagaan tetapi juga dalam bidang
pendidikan dan kebajikan rakyat.
Untuk menerangkan lebih lanjut, saya
telah memilih Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dan
Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah sebagai contoh Tan Sri Syed Mokhtar
ialah seorang usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja amal. Tan
Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Bapanya
berasal dari Hadhramaut, Yemen sebelum berkahwin. Tan Sri Syed Mokhtar
mempunyai tujuh orang adik-beradik dan dia ialah anak ketiga. Keadaan keluarga
beliau adalah miskin semasa beliau masih kecil. Tan Sri Syed Mokhtar juga bukan
orang yang berpendidikan tinggi. Walau bagaimanapun, keadaan keluarganya yang
kurang berkemampuan telah mendorong dan member semangat kepada beliau untuk
menjadi usahawan dan menjadikan beliau sebagai usahawan Bumiputera yang terkaya
di Malaysia.
Usahawan yang kedua ialah Tan Sri Dr.
Jeffrey Cheah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Tans Sri Jeffrey Cheah
dilahirkan di Pusing, Perak. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik. Beliau
mendapat pendidikan tinggi di Victoria University of Technology, Australia.
Selepas menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan di
kilang pemasangan motor. Pada tahun 1974, beliau menubuhkan syarikat
perlombongan bijih timah, iaitu Syarikat Sungei Way dengan modal sebanyak
RM100000.
Saya
memilih dua usahawan ini disebabkan kegigihan dan sikap tidak berputus asa mereka
dalam menubuhkan kerjaya mereka. Perjalanan yang menujukan kepada berjaya tidak
pernah mudah. Sebelum menemui atau memeluk peluang yang berjaya, mereka pernah
menemui pelbagai rintangan tetapi mereka tidak berputus asa. Maklumat atau
ulasan yang ditulis ini bertujuan untuk member panduan kepada masayarakat
berdasarkan kisah perjuangan dan kegigihan usahawan. Dengan itu, berharap dapat
memotivasikan sebahagian masyarakat yang berminat dalam bidang keusahawanan.
No comments:
Post a Comment