Saturday, 9 November 2013

Kejayaan Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah



Blog ini diwujudkan melalui ulasan artikel dalam buku“ 66 Usahawan Malaysia”, “Jutawan Malaysia: Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah (Kumpulan Sunway)’, dan artikel “Berita Harian-Pengalaman Tan Sri Jeffrrey memberi motivasi kepada pelajar”
       Daripada artilel kedua, dapat diketahui bahawaTan Sri Jeffrey Cheah dilahirkan di Pusing, Perak. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Victoria University of Technology, Australia. Selepas menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan di kilang pemasangan motor. Pada tahun 1974, beliau menubuhkan syarikat perlombongan bijih timah, iaitu Syarikat Sungei Way dengan modal sebanyak RM100000. Lima tahun kemudian, ketika berlaku kemelestan ekonomi, beliau menukar perusahaan bijih tersebut kepada perusahaan lombong kuari dan pasir dengan segera dan beliau berjaya menyelamatkan syarikat beliau. Selepas kemelesetan ekonomi berakhir, beliau mula melebarkan risiko syarikat dengan mempelbagaikan perniagaannya. Dalam keadaan ini, dapat menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam merebut peluang yang merupakan salah satu cirri-ciri keusahawanan. Pada tahun 1984, beliau berjaya membawa Sunway Holding Berhad ke papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur.
       Kebijaksanan beliau juga dapat dikukuhkan ketika kemelesetan ekonomi kembali pada tahun 1985 dan 1997. Kali ini, kesan yang dirasai lebih ketara dan Sunway Holding Berhad mengalami kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya. Tan Sri Dr Jefferey Cheah cuba bertahan dan melakukan pelbagai cara untuk menjimatkan kos operasi syarikatnya. Beliau bersikap terus dengan kakitangannya dan kerap mengadakan pertemuan dengan kakitangan bagi membentangkan akaun syarikat. Beliau juga memotong gaji beliau sendiri dan mengurangkan perbelanjaan dan cara hidup mewah beliau. Beliau tetap menjaga kebajikan pekerja dengan membayar gaji mereka tepat pada waktunya dan ini telah menanamkan rasa cinta dan setia pekerja terhadap beliau.
       Daripda artikel kedua, dalam sesi bersama pelajar SMK Puchong, Tan Sri Jeffrey mengkongsi pengalamannya yang berharga dan bernarik kerana beliau beranggapan pendidikan ialah asas kejayaan dalam hidup. Dalam sesi tersebut, Tan Sri Jeffrey bercerita mengenai pengalaman hidup, perjalanan beliau sehingga berjaya menjadi ahli perniagaan yang disegani dan memberi motivasi kepada pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk menjadi individu yang berjaya pada masa depan. Selain itu, beliau juga menasihati pelajar agar sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan. Pengkongsian ini dapat menunjukkan cirri-ciri keperibadian dan cirri –ciri keusahawanan beliau.
       Daripada artikel pertama pula, Tan Sri Dr. Jeffrey juga merupakan seorang dermawan.  Beliau melibatkan diri dalam beberapa persatuan kebajikan, seperti Yayasan Buah Pinggang Malaysia, Yayasan Hati Malaysia dan Persatuan Hakka Malaysia. Dua buah projeknya, iaitu Kolej Sunway dan Monash Universiti juga ditubuhkan sebagai institusi pendidikan bukan untung.
       Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah mempunyai rahsia kejayaan yang banyak. Antaranya, beliau ialah seorang yang suka belajar daripada kesilapan. Selain bergantung pada fakta, beliau juga tidak lupa memanfaatkan gerak hatinya dan mempergunakannya dalam membuat keputusan. Beliau juga tidak membiarkan emosi menguasai dirinya. Beliau juga suka dan berani mengambil risiko. Beliau juga mementingkan kebolehpercayaan dan integrity. Contohnya, beliau sentiasa memastikan segala hutang pada pihak bank dapat dijelaskan sepenuhnya.
       Kesimpulannya, selain merupakan usahawan yang berjaya, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah juga memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak. Beliau menderma untuk membantu golongan yang lemah serta berkongsi pengalaman untuk memotivasikan pelajar.

No comments:

Post a Comment