Saturday, 9 November 2013

Kejayaan Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah



Blog ini diwujudkan melalui ulasan artikel dalam buku“ 66 Usahawan Malaysia”, “Jutawan Malaysia: Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah (Kumpulan Sunway)’, dan artikel “Berita Harian-Pengalaman Tan Sri Jeffrrey memberi motivasi kepada pelajar”
       Daripada artilel kedua, dapat diketahui bahawaTan Sri Jeffrey Cheah dilahirkan di Pusing, Perak. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Victoria University of Technology, Australia. Selepas menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan di kilang pemasangan motor. Pada tahun 1974, beliau menubuhkan syarikat perlombongan bijih timah, iaitu Syarikat Sungei Way dengan modal sebanyak RM100000. Lima tahun kemudian, ketika berlaku kemelestan ekonomi, beliau menukar perusahaan bijih tersebut kepada perusahaan lombong kuari dan pasir dengan segera dan beliau berjaya menyelamatkan syarikat beliau. Selepas kemelesetan ekonomi berakhir, beliau mula melebarkan risiko syarikat dengan mempelbagaikan perniagaannya. Dalam keadaan ini, dapat menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam merebut peluang yang merupakan salah satu cirri-ciri keusahawanan. Pada tahun 1984, beliau berjaya membawa Sunway Holding Berhad ke papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur.
       Kebijaksanan beliau juga dapat dikukuhkan ketika kemelesetan ekonomi kembali pada tahun 1985 dan 1997. Kali ini, kesan yang dirasai lebih ketara dan Sunway Holding Berhad mengalami kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya. Tan Sri Dr Jefferey Cheah cuba bertahan dan melakukan pelbagai cara untuk menjimatkan kos operasi syarikatnya. Beliau bersikap terus dengan kakitangannya dan kerap mengadakan pertemuan dengan kakitangan bagi membentangkan akaun syarikat. Beliau juga memotong gaji beliau sendiri dan mengurangkan perbelanjaan dan cara hidup mewah beliau. Beliau tetap menjaga kebajikan pekerja dengan membayar gaji mereka tepat pada waktunya dan ini telah menanamkan rasa cinta dan setia pekerja terhadap beliau.
       Daripda artikel kedua, dalam sesi bersama pelajar SMK Puchong, Tan Sri Jeffrey mengkongsi pengalamannya yang berharga dan bernarik kerana beliau beranggapan pendidikan ialah asas kejayaan dalam hidup. Dalam sesi tersebut, Tan Sri Jeffrey bercerita mengenai pengalaman hidup, perjalanan beliau sehingga berjaya menjadi ahli perniagaan yang disegani dan memberi motivasi kepada pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk menjadi individu yang berjaya pada masa depan. Selain itu, beliau juga menasihati pelajar agar sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan. Pengkongsian ini dapat menunjukkan cirri-ciri keperibadian dan cirri –ciri keusahawanan beliau.
       Daripada artikel pertama pula, Tan Sri Dr. Jeffrey juga merupakan seorang dermawan.  Beliau melibatkan diri dalam beberapa persatuan kebajikan, seperti Yayasan Buah Pinggang Malaysia, Yayasan Hati Malaysia dan Persatuan Hakka Malaysia. Dua buah projeknya, iaitu Kolej Sunway dan Monash Universiti juga ditubuhkan sebagai institusi pendidikan bukan untung.
       Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah mempunyai rahsia kejayaan yang banyak. Antaranya, beliau ialah seorang yang suka belajar daripada kesilapan. Selain bergantung pada fakta, beliau juga tidak lupa memanfaatkan gerak hatinya dan mempergunakannya dalam membuat keputusan. Beliau juga tidak membiarkan emosi menguasai dirinya. Beliau juga suka dan berani mengambil risiko. Beliau juga mementingkan kebolehpercayaan dan integrity. Contohnya, beliau sentiasa memastikan segala hutang pada pihak bank dapat dijelaskan sepenuhnya.
       Kesimpulannya, selain merupakan usahawan yang berjaya, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah juga memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak. Beliau menderma untuk membantu golongan yang lemah serta berkongsi pengalaman untuk memotivasikan pelajar.

Kerjaya Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary




       Blog ini diwujudkan melalui ulasan artikel “ Bantu Golongan Miskin Bandar”, “Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary’, artikel “Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya” dan “Cinta itu Abadi: Mutiara Kata Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary”.
       Daripada artikel “Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya”, dapat disimpulkan bahawa cirri-ciri usahawan yang berjaya terdapat 25ciri,antaranya ialah komitmen dan keazaman, berinisiatif, melihat dan merebut peluang yang ada, berkeyakinan tinggi dan lain-lain. Usahawan yang saya pilih, Tan Sri Syed Mokhtar merupakan usahawan yang banyak memenuhi cirri-ciri usahawan, walaupun tidak memenuhi kesemua cirri itu. Tan Sri Syed Mokhtar ialah seorang usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. Selain itu, beliau juga usahawan Bumiputera yang paling kaya terkini. Kejayaan ini adalah berkat daripada latar belakang beliau yang mendorong semangat kegigihan beliau.
       Keadaan keluarga yang serba kurang menyebabkan beliau terpaksa menceburi diri dalam dunia pekerjaan dalam kehidupan awalnya. Beliau menolong ibunya menanm dan menjual sayur-sayuran serta menjual roti canai. Pengetahuan pengiraannya pula membantu bapanya melakukan buku simpanan harian. Keadaan hidup yang susah tidak menyebabkan beliau berasa rendah diri, malah merangsang semangat kegigihan dan ketahanannya. Keadaan ini menunjukkan cirri komitmen dan keazaman beliau yang dipupuk pada latar belakang yang susah itu.
              Pada tahun 1970an, perniagaan binatang ternankan bapanya merosot disebabkan penyakit kaki dan mulut.  Beliau dmengambil alih perniagaan bapanya dengan cirri-ciri usahawan yang berani dan menukarkannya kepada perniagaan daging kecil-kecilan. Dengan kreatif dan inovatifnya, beliau membeli daging yang tidak terjual, kemudian membungkusnya berserta denagan ais dan menjual semula kepada peniaga bumiputera dan restoran di sekitar Alor Setar. Kemudian, beliau beralih perniagaannya kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau juga mendapat pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Dengan itu, beliau memulakan perniagaan beras. Perniagaan ini berkembang pesat menjadi syarikat Bernas pada hari ini. Melalui pernyataan di atas, dapat diketahui bahawa Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary merupakan seorang yang pandai merebut peluang yang ada. Beliau juga pandai menggunakan peluang yang ada, dengan mengambil sedikit risiko, iaitu pada ketika beliau beliau mengambil alih perniagaan bapanya yang hampir gagal.
       Cirri-ciri usahawan yang disenaraikan oleh para pengkaji hanya merupakan cirri atau sifat yang ada pada usahawan, manakala ushawan memiliki rahsia kejayaan sendiri. Tan Sri Syed Mokhtar mengatakan mutiara katanya, iaitu bersyukur, rendah diri, berusaha dengan tekun, dan lain-lain. Beliau sentiasa berasa rendah hati dan tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar.
       Selain menyumbang kepada bidang perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar juga banyak menyumbang pada pendidikan dan kebajikan rakyat, contoh yang terbaik ialah Yayasan Al-Bukhary. Yayasan al-Bukhary ditubuhkan sebagai badan kebajikan yang berperanan dalam membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan mengglakkan persefahaman antara peradaban. Yayasan al-Bukhary banyak membiayai pelajar miskin,dengan inisiatif seperti membiayai pelajar Muslim yang miskin dari sekeliling ASEAN belajar di Malaysia. Yayasan ini juga menjalankan pembinaan Kompleks al-Bukhary di Kedah yang berperanan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Yayasan Al-Bukhary bukan sahaja menyumbang pembangunan masyarakat termasuk pembinaan masjid dan rumah kebajikan, tetapi juga memainkan peranan di universiti dan hospital dengan membantu orang susah.
       Kesimpulannya, berdasarkan perceritaan di atas, beliau bukan sahaja ialah usahawan yang berjaya, tetapi juga memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.

Konsep Blog



Blog ini mengandungi artikel-artikel yang berkaitan dengan gelagat dan cirri-ciri usahawan dan merakamkan kejayaan usahawan-usahawan dalam menubuhkan kerjaya mereka. Blog ini akan merumuskan kegigihan, semangat dan titik-detik usahawan dalam meubuhkan perniagaan mereka. Secara  ringkasnya, blog ini akan menjelaskan pengaruh atau hubungkait cirri-ciri usahawan dalam kegiatan hidup mereka. Selain itu, blog ini juga mengenal pastii sama ada rahsia kejayaan usahawan terkandung dalam cirri-ciri atau gelagat usahawan atau tidak. Blog ini juga mencatatkan sumbangan -sumbangan yang disumbangkan oleh usahwaan, bukan sahaja kepada bidang perniagaan tetapi juga dalam bidang pendidikan dan kebajikan rakyat.
       Untuk menerangkan lebih lanjut, saya telah memilih Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dan Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah sebagai contoh Tan Sri Syed Mokhtar ialah seorang usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja amal. Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Bapanya berasal dari Hadhramaut, Yemen sebelum berkahwin. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik-beradik dan dia ialah anak ketiga. Keadaan keluarga beliau adalah miskin semasa beliau masih kecil. Tan Sri Syed Mokhtar juga bukan orang yang berpendidikan tinggi. Walau bagaimanapun, keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan telah mendorong dan member semangat kepada beliau untuk menjadi usahawan dan menjadikan beliau sebagai usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia.
       Usahawan yang kedua ialah Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Tans Sri Jeffrey Cheah dilahirkan di Pusing, Perak. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Victoria University of Technology, Australia. Selepas menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan di kilang pemasangan motor. Pada tahun 1974, beliau menubuhkan syarikat perlombongan bijih timah, iaitu Syarikat Sungei Way dengan modal sebanyak RM100000.
              Saya memilih dua usahawan ini disebabkan kegigihan dan sikap tidak berputus asa mereka dalam menubuhkan kerjaya mereka. Perjalanan yang menujukan kepada berjaya tidak pernah mudah. Sebelum menemui atau memeluk peluang yang berjaya, mereka pernah menemui pelbagai rintangan tetapi mereka tidak berputus asa. Maklumat atau ulasan yang ditulis ini bertujuan untuk member panduan kepada masayarakat berdasarkan kisah perjuangan dan kegigihan usahawan. Dengan itu, berharap dapat memotivasikan sebahagian masyarakat yang berminat dalam bidang keusahawanan.

Saturday, 5 January 2013

久违了的一首歌曲

不知是什么时候开始,我的记忆里模模糊糊地记得有一首歌曾经让我很感动。可是因为那首歌很少听见,我也没办法去记得一些什么,只是记忆里一直记得这首歌里有一段口白,叙说着一个让我非常感动的故事。我也隐约地记得那个故事是叙说,一个女人默默地在等待着她心爱的人。那段故事有一句话让我印象深刻,因为那是让我多么震撼的一句话,“ 等你等不到,我先走了。” 一句简单的句子却包含了一个女人满心盼望却永远都等不到的无奈和心酸。
经过了一番搜寻,我才终于找到这首叫什么名字。那是林慧萍的一首歌, “驿”。那时候的感动又随着这歌的播放回到我的心头。啊,久违的一首歌,久未有过的感动啊!

就一起用耳朵来聆听和感受一个故事带来的感动与震撼吧!











~~~林慧萍唱的蠻扣人心玄的一首歌
作詞:李姚 作曲:蔣三省    口白:黃舒駿
(口白)
火車站的候車室 時常坐著一位打扮整齊的中年婦人

手裡抱著一個老式皮箱 游目張望 似乎在期待什麼

第一次見到婦人是他高中的時候 每天夜裡從桃園通車到台北補習

深夜十一點回到桃園 婦人總是準時地坐在候車室的木椅上

等待著的姿勢 不安的眼神 端整的打扮 好像在等待著某一個約好的人

起先他沒有特別留意她 可是時間一久 尤其是沒有旅客的時候

婦人就格外顯的孤寂 有一天他終於下定決心 在候車室等待那婦人離去

一直到深夜落 一直到凌晨一點 婦人才站了起來

走到候車室的黑板前用粉筆寫著

「水:等你沒等到 我先走了! 英 留」


那時他才知道 原來候車室長久以來的這則留言是出自那婦人

後來車站的老人告訴他 婦人已經在候車室坐了二十幾年了

有人說她瘋了 有人說曾看見她打開皮箱 箱裡裝的是少女時代的衣服

大部分的人都說 在二十幾年前那個夜晚 英和她的水約好在車站碰面


要私奔到某一個不知名的地方 可是叫水的那個男人卻缺席了


有一天他回家的時候 不再看到英的影子 問了車站許多人但不知道為什麼


這風雨無阻的婦人那一天沒有來 第二天的清晨


英殘缺的身體被發現在鐵道上 皮箱滾到很遠的地方


旅客留言板上有她的字跡 只改了幾個字



「水:等你三十年 我先走了 英 留」


就這樣 斷了線 就真這樣 不再相見


飛出了時間 飛出天邊 飛到另外一個 沒有我的天


經過許多年 所有的眷戀 飄浮在時空裡 沒有終點


人生是一張 泛黃的相片 而我站在車站靜止的畫面