Saturday, 9 November 2013

Kerjaya Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary




       Blog ini diwujudkan melalui ulasan artikel “ Bantu Golongan Miskin Bandar”, “Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary’, artikel “Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya” dan “Cinta itu Abadi: Mutiara Kata Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary”.
       Daripada artikel “Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya”, dapat disimpulkan bahawa cirri-ciri usahawan yang berjaya terdapat 25ciri,antaranya ialah komitmen dan keazaman, berinisiatif, melihat dan merebut peluang yang ada, berkeyakinan tinggi dan lain-lain. Usahawan yang saya pilih, Tan Sri Syed Mokhtar merupakan usahawan yang banyak memenuhi cirri-ciri usahawan, walaupun tidak memenuhi kesemua cirri itu. Tan Sri Syed Mokhtar ialah seorang usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. Selain itu, beliau juga usahawan Bumiputera yang paling kaya terkini. Kejayaan ini adalah berkat daripada latar belakang beliau yang mendorong semangat kegigihan beliau.
       Keadaan keluarga yang serba kurang menyebabkan beliau terpaksa menceburi diri dalam dunia pekerjaan dalam kehidupan awalnya. Beliau menolong ibunya menanm dan menjual sayur-sayuran serta menjual roti canai. Pengetahuan pengiraannya pula membantu bapanya melakukan buku simpanan harian. Keadaan hidup yang susah tidak menyebabkan beliau berasa rendah diri, malah merangsang semangat kegigihan dan ketahanannya. Keadaan ini menunjukkan cirri komitmen dan keazaman beliau yang dipupuk pada latar belakang yang susah itu.
              Pada tahun 1970an, perniagaan binatang ternankan bapanya merosot disebabkan penyakit kaki dan mulut.  Beliau dmengambil alih perniagaan bapanya dengan cirri-ciri usahawan yang berani dan menukarkannya kepada perniagaan daging kecil-kecilan. Dengan kreatif dan inovatifnya, beliau membeli daging yang tidak terjual, kemudian membungkusnya berserta denagan ais dan menjual semula kepada peniaga bumiputera dan restoran di sekitar Alor Setar. Kemudian, beliau beralih perniagaannya kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau juga mendapat pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Dengan itu, beliau memulakan perniagaan beras. Perniagaan ini berkembang pesat menjadi syarikat Bernas pada hari ini. Melalui pernyataan di atas, dapat diketahui bahawa Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary merupakan seorang yang pandai merebut peluang yang ada. Beliau juga pandai menggunakan peluang yang ada, dengan mengambil sedikit risiko, iaitu pada ketika beliau beliau mengambil alih perniagaan bapanya yang hampir gagal.
       Cirri-ciri usahawan yang disenaraikan oleh para pengkaji hanya merupakan cirri atau sifat yang ada pada usahawan, manakala ushawan memiliki rahsia kejayaan sendiri. Tan Sri Syed Mokhtar mengatakan mutiara katanya, iaitu bersyukur, rendah diri, berusaha dengan tekun, dan lain-lain. Beliau sentiasa berasa rendah hati dan tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar.
       Selain menyumbang kepada bidang perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar juga banyak menyumbang pada pendidikan dan kebajikan rakyat, contoh yang terbaik ialah Yayasan Al-Bukhary. Yayasan al-Bukhary ditubuhkan sebagai badan kebajikan yang berperanan dalam membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan mengglakkan persefahaman antara peradaban. Yayasan al-Bukhary banyak membiayai pelajar miskin,dengan inisiatif seperti membiayai pelajar Muslim yang miskin dari sekeliling ASEAN belajar di Malaysia. Yayasan ini juga menjalankan pembinaan Kompleks al-Bukhary di Kedah yang berperanan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Yayasan Al-Bukhary bukan sahaja menyumbang pembangunan masyarakat termasuk pembinaan masjid dan rumah kebajikan, tetapi juga memainkan peranan di universiti dan hospital dengan membantu orang susah.
       Kesimpulannya, berdasarkan perceritaan di atas, beliau bukan sahaja ialah usahawan yang berjaya, tetapi juga memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.

No comments:

Post a Comment