Sunday, 1 April 2012

sains pemikiran dan etika

Dalam kehidupan, manusia sebagai hamba Allah perlu menghadapi masalah dalam pelbagai bentuk yang memerlukan penyelesaian. Masalah dan isu perlu diberikan perhatian dan jalan penyelesaian harus dicari secepat mungkin. Masalah dan isu sebenarnya tidak sama. Masalah memerlukan suatu penyelesaian yang agak segera manakala isu memerlukan penyelesaian yang lebih cermat.
Kajian menunjukkan ada ciri-ciri tertentu yang membezakan kemampuan seseorang dalam menyelesaikan masalah. Salah satu ciri ialah motivasi yang kuat. Mereka yang bermotivasi yang kuat akan bersikap positif dan tidak mudah mengalah terhadap semua kesukaran. Mereka akan cuba mengatasi segala kesukaran dan cuba mengatasi segala halangan serta menunjukkan kebolehannya untuk menyelesaikan masalah yang dianggap sukar oleh orang lain. Trait yang positif juga ialah satu sifat penyelesaian masalah. Seseorang yang bertrait yang positif mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkannya menyelesaikan masalah secara objektif. Mereka tidak mudah gentar dan mempunyai kepintaran yang mencukupi untuk memahami dan menangani isu-isu. Mereka juga terus berusaha dan tidak berasa jemu atau bosan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Satu lagi sifat penyelesaian masalah ialah jati diri. Seseorang yang berjati diri sedar tentang kekurangan dan batasan yang akan dihadapi. Mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul walaupun belum pasti apa-apa yang hendak dilakukan. Mereka berfikiran positif dan yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah. Sifat penyelesaian masalah yang terakhir ialah pembinaan kemahiran. Penyelesai masalah yang berkebolehan akan menggunakan pelbagai teknik dan model dalam menyelesaikan masalah kemahiran penyelesaian masalah boleh dipelajari melalui kursus-kursus pengurusan masalah yang pendek seperti bengkel.
Terdapat empat jenis masalah( Francis, 1990), iaitu misteri, tugasan, kesukaran, peluang, ketidakpastian, dan dilema. Salah satu jenis masalah ialah misteri yang bermaksud satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan. Masalah ini tidak mendapat satu penjelasan yang nyata tentang terjadinya sesuatu peristiwa. Tugasan ialah salah satu jenis masalah yang bermaksud kerja yang ditugaskan untuk seseorang dengan memperincilkan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian. Masalah ini memerlukan teknik-teknik tertentu kerana matlamat perlu disalurkan kepada orang yang hendak menjalankan tugasan dan orang tersebut perlu faham matlamat dan keperluan seperti penjadualan, peruntukan sumber dan lain-lain. Tugasan merupakan kontrak antara ketua atau klien dengan orang yang menjalankan kerja tersebut. Salah satu jenis masalah ialah kesukaran yang pelaksanaannya adalah amat rumit,mencabar dan kompleks. Kesukaran berlaku sama ada tidak tahu menguruskan situasi atau rasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi. Salah satu lagi jenis masalah ialah peluang yang pelaksanaannya untuk membawa keuntungan. Usaha harus ditumukan untuk menerbitkan peluabf kerana kebanykan peluang yang ada hasil daripada usaha yang menerbitkannya. Ksempatan hendak diambil untuk mengeksploit peluang supaya mendatangkan keuntungan. Satu lagi jenis masalah ialah ketidakpastian yang ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertenyu tetapi kita tidak mengenal pasti jalan penyelesaian yang betul. Untuk menyelesaikan masalah ini, segala kekaburan perlu dikaji dan keadaan yang kompleks untuk mencari jawapan yang betul. Jenis masalah yang lain ialah dilema yang situasi amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya walaupun mempunyai maklumat yang cukup. Dalam masalah ini, terdapat dua pilihan yang boleh dilaksanakan dan kedua-duanya kelihatan betul dan tepat. Kedua-dua pilihan amat sukar dipilih antaranya untuk dilaksanakan.
Dalam model penyelesaian masalah secara saintifik dan logik, langkah pertama ialah pendefinisian masalah. Masalah didefinisikan untuk mendapatkan penyelesaian yang diusahakan untuk membawa kesan yang diingini. Jika kita mendefinisikan masalah secara sistematik, banyak masalah mungkin dapat diselesaikan dengan mudah. Langkah kedua adalah dengan mengkelaskan masalah. Masalah dikelaskan berdasarkan tinggi atau rendah risiko yang ada pada setiap masalah. Masalah diselesaikan mengikut tahap risikonya. Langkah ketiga adalah dnegan menentukan objektif. Objektif penting kerana akan menentukan keinginan daripada aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan. Objektif yang ditetapkan haruslah jelas, mudah difahami dan praktikal agar disampaikan kepada semua pekerja dengan staf dan mereka memahami objektif yang hendak dicapai. Langkah keempat ialah penentuan ukuran kejayaan. Ukuran kejayaan menentukan standard atau piawai yang akan menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah. Ukuran kejayaan perlu ditenukan dahulu sebelum penyelesaian masalah dimulakan. Langkah kelima ialah kutipan data. Masalah tentang sesuatu masalah boleh didapati daripada pelbagai sumber, antaranya ialah pengalaman, pemerhatian,dan kajian. Pertama, maklumat yang diperlukan perlu dikenal pasti serta kaedah untuk mendapatkan maklumat itu. Kedua, prosedur perlu dikenal pasti untuk mengumpil maklumat yang tercicir. Ketiga, kaedah hendak menerbitkan maklumat perlu dikenal pasti dengan proses dengan proses kreativiti dan menjalankan eksperimen. Keempat, maklumat perlu distrukturkan supaya senang difahami. Kelima, pilihan dibina untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat dan data yang dikumpul. Langkah keenam, adalah dengan membuat keputusan untuk memilih pilihan yang paling penting. Dalam proses membuat keputusan, perkara-perkara seperti kos perlu diambil kira untuk dilaksanakan. Langkah ketujuh adalah dengan melaksanakan keputusan yang diambil. Orang yang melaksanakan keputusan yang diambil harus memberi perhatian kepada perkara-perkara yang teliti dan penelitian yang rapi akan membawa kepada kejayaan pelaksanaan. Langkah yang terakhir adalah dengan melakukan penilaian. Penilaian dilakukan untuk memberi gambaran tentang keberkesanan tindakn penyelesaian masalah yang telah diambil.
Penyelesaian masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal induktif seperti mengadakan hipotesis, mengumpul maklumat dan membuat kesimpulan. Dalam menyelesaikan masalah, pertama sekali mesti mempunyai hipotesis tertentu sebagai penggeraknya. Hipotesis merupakan anggapan yang perlu diuji dan dibuktikan sama ada betul atau salah. Peringkat kedua, mengumpu maklumat merupakan peringkat yang membezakan kaedah saintifik dnegan kaedah tidak saintifik. Bagi kaedah tidak saintifik, setiap hipotesis akan dianggap benar tanpa perlu mengeluarkan maklumat untuk membuktikannya. Akhirnya, kesimpulan dibuat setelah mengumpul maklumat yang mencukupi.
Penyelesaian secara kreatif atau lateral merupakan cara penyelesaian masalah yang meruntuhkan halangan yang membelenggu kemajuan fikiran. Cara ini bebas menerbitkan sebarang idea gila-gila atau songsang, asalkan dapat membawa perubahan dan keuntungan. Cara ini tidak bersifat kritikal seperti kaedah logik yang cara pemikirannya dikawal oleh penilaian betul atau salah. Cara ini lebih menunda idea kerana lebih penting adalah untuk menjana idea baru. Cara ini disebut sebagai pemikiran parallel atau selari,iaitu mengemukakan idea-idea kreaktif secara bebas, tanpa berkonflik antara sesamanya. Cara ini tidak bersifat vertical atau sehala yang hanya berfikir menurut logik sebab-akibat. Cara ini bersifat generatif dna inovatif untuk menerbitkan perubahan demi perubahan itu sendiri tanpa diikat oleh logik sebab-akibat.
Penyelesaian melalui perasaan sebenarnya berasaskan konsep kecerdasan EQ (Emotional Intellengence). Konsep EQ tidalah menekankan kepintaran atau pemikiran seseorang individu  tetapi lebih menekankan ciri sahisiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi tertentu. EQ mengandungi lima domain utama iaitu kebolehan mengetahui emosi sendiri, kebolehan pengurusan emosi, kebolehan meningkatkan motivasi, kebolehan mengenal emosi orang lain dan kebolehan menjalin persaudaraan. Cara ini bergantung pada kemahiran seseorang itu mengetahui dan menguruskan emosinya. Kecerdasan pemikiran menunjukkan bahawa IQ sahaja tidak memadai tanpa dibantu oleh EQ dalam menyelesaikan masalah.
Penyelesaian masalah secara Islam(al-Halli ql-Illmi) mempunyai dua corak yang popular, iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Kedua-dua pendekatan kelihatan terpisah namun sebenarnya saling melengkapi. Hukum bermaksud hukum-hukum qat'l dan ijtihadi. Hukum qat'l mengandungi hukum-hukum ibadat, munakahat, jinayat hadat dan sebagainya serta wajib dipatuhi, kecuali darurat, penyakit, gila, pengsan, usia tua, dan cacat mental. Hukum ijtihadi bersifat rasional dan dapat berubah-ubah mengikut perubahan masa dan tempat. Hasil daripada kegiatan ijtihadi oleh tokoh-tokoh Iman Mujtahid, berkembanglah pemikiran Islam dalam bidang hukum dalam aspek ibadat,munakahat,muamalat, jinayat dan khilafah atau pemerintahan. Ciri-ciri syariat Islam adalah seperti rabbani(ketuhanan), alamiah(universal), syamul(menyeluruh),dan wasatiyyah(seimbang). Pendekatan sufi pula dianggap bersifat moral dan spiritual. Pendekatan hukum bersifat tegas dan keras, manakala pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak. Pedekatan sufi memerlukan kefahaman tenatng hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah masalah.


LIM KWEE PING 212859

No comments:

Post a Comment