Friday, 30 November 2012

2 Cerita pendek

nama: Lim Kwee Ping
no. matrik: 212859
kursus: STID 1103  Aplikasi Komputer dalam Pengurusan
kumpulan: D





2 Cerita pendek



Dua orang kawan di gurun




C
erita ini ialah cerita daripada Arab. Terdapat dua orang rakan melancong di gurun. Dalam perjalanan itu, mereka bergaduh disebabkan suatu perkara yang remeh. Salah seorang terlalu marah, terus menampar rakannya.

Kawannya yang ditampar berasa sedih. Dia keluar daripada khemah bersendirian, dan menulis pada pasir tanpa berkata: “ Hari ini kawan baik saya menampar saya.”

Mereka meneruskan perjalanan mereka sehingga sampai di sebuah oasis. Mereka berhenti di sana untuk berehat dan bermandi. Pada ketika itu, kawan yang ditampar itu hampir lemas di sungai ketika bermandi. Nasib baik dia diselamatkan oleh rakannya.

Selepas diselamatkan oleh rakannya, dia keluarkan satu pisau dan mengukir di atas batu: “ Hari ini kawan saya selamatkan saya.” Rakannya berasa pelik, terus bertanya kepada dia : “ Mengapa saya menampar awak, awak hanya menulis atas pasir,tetapi sekarang awak mengukir atas batu?”

Dia menjawab rakannya dengan senyuman : “ Apabila dicederakan oleh rakan, harus dituliskan di tempat yang mudah lupa, angin akan bertiup and menghapuskannya. Tetapi kalau dibantu oleh eakan, kita perlu mengukir di hati, yang tidak dapat dihapuskan oleh angin, akan diingati dalam hati selama-lamanya.”
Kecederaan atau kesedihan yang dibawa oleh rakan yang baik  mungkin tidak sengaja, tetapi bantuan yang diberi adalah ikhlas. Melupakan kecederaan yang tidak sengaja, mengingati bantuan mereka yang ikhlas, akan mendapati rakan yang ikhlas di dunia akan semakin bertambah.







S
aya dan Daisy ialah rakan baik, bukan sahaja rakan sekelas, juga mempunyai pengalaman yang hampir sama. Kami melalui pengalaman hidup seperti pendidikan, pekerjaan, perkahwinan , melahirkan anak, tambahan lagi kami juga menamatkan perkahwinan kami dengan bercerai. Yang berbeza adalah, penceraian adalah dibangkit oleh saya, tetapi Daisy adalah dipaksa oleh suaminya. Disebabkan perbezaan ini, keadaan selepas penceraian kami adalah berbeza.




Biarlah bercerita tentang saya dahulu. Disebabkan penceraian dicadangkan oleh saya, suami saya berasa kehormatannya sebagai lelaki diancam, oleh itu dia mendesak saya melepaskan hak menuntut harta benda kami. Pada masa itu, saya telah bersedia dalam perancangan penulisan saya, juga menandatangani perjanjian dengan pihak penerbit. Pada masa itu, saya hanya teringin untuk menamatkan perkahwinan yang tidak gembira ini, menumpukan perhatian saya dalam penulisan saya. Oleh itu, saya bersetuju dengan permintaannya, melepaskan hak saya menuntut harta benda kami, hanya membawa komputer riba dan pakaian saya berpindah keluar daripada rumah itu. Saya hanya meneruskan hidup saya dengan pendapatan dengan menyewa rumah daripada pendapatan penulisan saya.

Keadaan Daisy lebih rumit. Suaminya mempunyai kekasih di luar, kekasih suaminya mengugut suaminya untuk becerai dengan bunuh diri. Dalam keadaan terpaksa, suaminya brcerai dengannya. Sebagai rasa bersalah terhadap Daisy, pada mulanya suaminya bercadang untuk melepaskan harta bendanya kepada Daisy. Namun, kekasih suaminya tidak membenarkan suaminya melepaskan harta bendanya, menyebabkan rumah Daisy dengan suaminya dibahagi kepada dua bahagian, satu bahagian dimiliki Daisy, satu lagi milik suaminya, dan berkongsi rumah tamu dan dapur.

3 tahun kemudian, saya telah membeli rumah  sendiri dengan pendapatan daripad penulisan saya, tetapi Daisy masih tinggal bersama dengan bekas suaminya sekeluarga. Suatu hari, saya pergi rumahnya melawat dia. Sejak dia bercerai, saya jarang pergi rumahnya. Setiap kali saya pergi rumahnya, saya pun mempunyai perasaan yang tidak senang hati. Dulu, saya selalu pergi rumahnya, brsembang dengan dia. Kadang-kala, kami bersembang sampai lewat malam, dia akan suruh saya tinggal di rumahnya semalam. Dia juga akan suruh saya tidur dengan dia, dan suruh suaminya tidur di bilik sebelah. Namun,sekarang saya bersembang dengan dia,  terdengar pula suara daripada rancangan televisyen, dan suara perbualan bekas suaminya dengan kekasihnya itu. Kadang-kala, juga dapat dengar suara ketawa kekasih bekas suaminya. Saya tidak dapat membayangkan perasaannya pada masa itu.

Saya memang tidak dapat bertahan, terus bercadang kepada Daisy“ Saya rasa awak juga pindah keluar seperti saya. Sewa sebuah rumah dulu, selepas itu kumpulkan duit untuk rumah sendiri. Keadaan awak sekarang terlalu seksanya.”

Daisy menunjukkan perasaan yang tidak puas hati, lalu menentang cadangan saya: “ Mengapa? Mengikut undang-undang, rumah ini adalah rumah saya, mengapa saya perlu menyerah kepada mereka

“Betul, mengikut undang-undang, ini adalah rumah awak. Tetapi awak selalu nampak mereka bersama, nampak mereka bergembira, awak tidak berasa tidak sedap hatikah? Kalau begitu, kenapa awak hendak begitu menyeksa diri?”

Daisy beragu-ragu seketika, lalu mengeluh: “ Saya pun pernah berfikir begitu. Tetapi apabila saya nampak rupa sombong wanita itu, saya pun rasa tidak puas hati. Dia sudah rampas suami saya, hendak rampas lagi rumah saya. Saya tidak puas hati! Biar terus begitu sahaja. Kami lihat kemudiannya siapa yang tidak tahan dulu.”

Saya masih teringin untuk menasihati Daisy lagi, tetapi melihat rupanya yang teguh pada pendiriannya, saya pun tidak berkata apa-apa lagi.

Dalam perjalanan pulang ke rumah saya, saya terfikir tentang Daisy, dan berasa kasihan terhadap dia. Pada masa yang sama, saya berada syukur terhadap keadaan saya. Nasib baik pada masa itu saya tidak merampas harta benda dengan suami saya, sanggup melepaskan hak terhadap harta benda itu. Walaupun saya kehilangan rumah yang patut milik saya, tetapi saya dapat meneruskan hidup saya dengan tenang dan gembira. Dengan itu, saya dapat melepaskan diri daripada pengalaman perkahwinan yang tidak gembira, meneruskan hidup yang baru. Sekarang saya juga mempunyai rumah sendiri dengan usaha saya sendiri.

Namum, melihat pada keadaan Daisy, pada perspektif undang-undang, dia memelihara hak dan kepentingannya. Namun, untuk memelihara sebahagian rumah itu, dia membazirkan tiga tahunnya bersama dengan bekas suaminya, dengan kekasih itu lagi. Kemungkinan dia akan teruskan keadaan ini tiga tahun lagi, juga mungkin sepanjang hayatnya juga. Untuk memelihara hak itu, adakah pengorbanannya berbaloi?